Tuesday, 15 December 2015

Kelebihan Solat Berjemaah

Assalamualaikum to all muslims..
Entry yang pertama ini saya nak share tentang soalan pertama yang akan ditanya di Akhirat kelak yakni solat fardhu. Jika lulus solat kita, in shaa Allah luluslah amalan kita yang lain dan jika gagal maka sebaliknya pula akan berlaku.
Solat fardhu lima waktu merupakan salah satu daripada rukun Islam. Orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja ibarat telah merobohkan salah satu daripada rukun Islam daripada dirinya. Dan solat fardhu itu sebaik baiknya dikerjakan dengan berjemaah.
  Di antara kelebihan mengerjakan solat fardhu secara berjemaah ialah mendapat perlindungan daripada Allah SWT pada Hari Akhirat.
Ini terbukti daripada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
  "Tujuh golongan manusia yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali dariNya, iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup di dalam beribadah keapada Allah, seorang yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berhimpun keranaNya dan berpisah keranaNya, seorang lelaki yang diajak wanita yang mempunyai kedudukan dan jelita (untuk melakukan maksiat) lalu dia berkata: "Aku takutkan Allah", seorang yang bersedekah secara senyap-senyap sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya dan seorang yang mengingati Allah bersendirian sehingga berlinangan air kedua matanya."
  Orang yang hatinya sentiasa teringat kepada masjid ialah orang yang menunaikan solat berjemah setiap waktu. Apabila dia keluar dari masjid hatinya sentiasa ingat untuk datang semula ke masjid bagi menunaikan solat fardhu yang berikutnya.
Ini merupakan kelebihan yang amat besar kepada orang yang sentiasa mengerjakan solat fardhu dengan berjemaah di masjid. In shaa Allah semoga ini dapat menjadi peringatan bagi para muslimin dan diri saya. Mohon maaf jika ada kesalahan di mana mana bahgian hadith dan minta diberikan teguran in shaa Allah.

No comments:

Post a Comment